Penunggang, vendor wanita mengubah landskap platform penghantaran makanan & pengangkutan | DagangNews Skip to main content

Penunggang, vendor wanita mengubah landskap platform penghantaran makanan & pengangkutan

Oleh Pichaya Thongthua, Ketua Pegawai Eksekutif Interim, foodpanda Malaysia

WANITA memainkan peranan yang kian penting dalam ekonomi hari ini. Mereka mencabar norma tradisional dan memecahkan halangan dalam industri yang satu masa dahulu pernah didominasi oleh lelaki.

 

Seiring dengan peredaran zaman, kami telah menyaksikan perubahan ketara, dengan lebih ramai wanita memegang peranan-peranan yang sebelum ini dianggap eksklusif untuk lelaki.

 

Satu trend yang jelas ialah peningkatan kehadiran wanita dalam industri p-hailing, sekali gus menangkis stereotaip dan memperbaharui landskap perkhidmatan pengangkutan.

 

Apabila lebih ramai wanita menjadi rakan penghantaran dan pemilik restoran, mereka bukan hanya memacu mambantu meningkatkan ekonomi, tetapi juga memupuk keterangkuman dan kepelbagaian dalam tenaga kerja.

 

Sempena menyambut Hari Wanita Antarabangsa, kita perlu mengiktiraf sumbangan rakan penghantaran wanita dan pemilik restoran yang berharga dalam industri penghantaran makanan.

 

Kesungguhan, dedikasi dan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi memainkan peranan penting dalam membentuk platform kami serta berkhidmat kepada komuniti di seluruh negara.

 

Ekonomi gig telah menyaksikan pertumbuhan eksponen sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kerjaya p-hailing menjadi sumber pendapatan yang penting bagi jutaan individu di seluruh negara.

 

Dalam menghadapi cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, ekonomi gig telah menjadi talian hayat bagi para individu yang mencari kestabilan dan kebebasan kewangan.

 

 

foodpanda

 

 

Di Malaysia, ekonomi gig telah menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang penting, dengan lebih 100,000 individu baharu menyertai dan menjana pendapatan melalui platform ekonomi gig di Malaysia setakat suku ketiga 2023 berbanding 266,222 individu pada 2022.

 

Sektor ini telah menawarkan peluang pendapatan kepada ramai rakyat Malaysia, sekali gus menonjolkan impak besarnya terhadap pekerjaan dan mata pencarian.

 

Di foodpanda, kami memahami kepentingan memupuk persekitaran yang inklusif di mana semua orang, tanpa mengira gender, berpeluang maju dan berjaya.

 

Dalam beberapa tahun ini, terdapat peningkatan ketara dalam wanita yang menyertai ekonomi gig sebagai rakan penghantaran. Wanita ini memainkan peranan penting dalam menyokong penghantaran barangan dan perkhidmatan yang penting, sekali gus memperkaya kehidupan rakyat Malaysia di seluruh negara.

 

Pekerjaan gig sentiasa menjadi cara terbaik untuk memperoleh pendapatan tambahan disebabkan waktu kerjanya yang fleksibel. Kini, ramai rider wanita menganggapnya sebagai batu loncatan kepada industri atau peluang keusahawanan yang lain.

 

Walau bagaimanapun, bagi memanfaatkan potensi maksimum ekonomi gig, peningkatan kemahiran dan inisiatif pembangunan profesional perlu diutamakan.

 

Hal ini mengingatkan saya tentang Puan Rahayu, 41, ibu kepada tiga cahaya mata, yang beralih daripada pemandu bas sekolah kepada rider foodpanda wanita yang pertama di Bukit Jelutong semasa pandemik.

 

Beliau menghayati fleksibiliti pekerjaan itu dan bekerja beberapa jam sehari bagi mengimbangi antara kerja dan keluarga. Beliau sangat gembira dengan kerjaya ini, terutama apabila penghantarannya dihargai pelanggan.

 

Beliau pernah menerima tip sebanyak RM100 daripada pelanggan, yang dianggap lumayan untuk rider foodpanda. Sudah tentunya Puan Rahayu tidak keseorangan. Kami masih ada kisah-kisah serupa daripada ramai rakan penghantaran wanita yang hebat di luar sana.


 

parafrasa

 


Kami memperkasakan rider kami di foodpanda melalui pelbagai program peningkatan kemahiran dan manfaat.

 

Contohnya, baru-baru ini, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU), yang menawarkan rakan penghantaran kami peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Inisiatif ini membolehkan rider kami meningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka, membuka peluang kepada prospek kerjaya dan perkembangan baharu.

 

Tambahan pula, kami menyedari kepentingan penguasaan bahasa dalam meningkatkan keupayaan pekerjaan dan kebolehpasaran.

 

Jadi, program ‘Panda Purpose’ telah direka untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris rakan penghantaran kami.

 

Dengan melabur dalam pembangunan profesional mereka, kami berhasrat untuk meningkatkan nilai tenaga kerja kami dan menjamin standard perkhidmatan yang tertinggi buat pelanggan kami.

 

Dengan menawarkan pelbagai program latihan dan bimbingan, kami memperkasakan rider dan vendor wanita kami untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat mereka.

 

Tidak kira menavigasi jalan raya yang sibuk atau mengurus perniagaan mereka, kami menyediakan sokongan dan sumber yang diperlukan untuk mereka maju dalam pasaran yang kompetitif.

 

Usaha kami melangkaui aspek pemerkasaan; ia adalah untuk mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, di mana wanita dihargai dan dihormati dengan sewajarnya atas sumbangan mereka.

 

 

parafrasa


 

Dengan meraikan pencapaian rider dan vendor wanita, kami memberi inspirasi kepada generasi wanita masa depan untuk mengejar impian mereka dan memecahkan halangan.

 

Ketika kita meraikan Hari Wanita Antarabangsa, marilah kita sama-sama menegaskan komitmen untuk memperkasakan rider dan vendor wanita dalam ekonomi gig.

 

Dengan menyediakan sokongan, sumber dan peluang yang diperlukan untuk berjaya, kita berupaya mencipta masa depan yang lebih inklusif dan saksama untuk semua.

 

Bersama-sama, marilah kita memperjuangkan kepelbagaian, keterangkuman dan pemerkasaan dalam industri penghantaran makanan dan sebagainya. - DagangNews.com