KUALA LUMPUR 11 Mac - Ringgit kembali mengukuh dalam dagangan pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran kelemahan mata wang utama itu.
Unit mata tempatan itu dibuka pada RM4.1180/1230, lebih tinggi daripada penutupan semalam pada RM4.1250/1280.
HLIB Research menjangkakan ringgit akan diniagakan stabil hari ini selepas dolar AS menurun secara meluas di samping hasil perbendaraan AS yang stabil.
Firma itu menjangkakan ringgit berada dalam julat antara RM4.10 hingga RM4.13 berbanding dolar AS.
"Jangkaan terhadap jualan semula bon yang mencetuskan peningkatan inflasi tidak menjadi kenyataan, maka ini sepatutnya meredakan kembali pasaran.
"Tetapi terdapat kemungkinan dolar AS akan terus berdaya tahan sepanjang minggu ini," katanya dalam nota kajian.
Semalam, ringgit ditutup rendah sebanyak 100 mata asas berbanding dolar AS berikutan sentimen kekal cenderung kepada reaksi dolar AS yang lebih meluas terhadap hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi. - DagangNews.com