Penyelidik UPM cipta makanan alternatif ternakan larva akuakultur FS Feed | DagangNews Skip to main content

Penyelidik UPM cipta makanan alternatif ternakan larva akuakultur FS Feed

Dr. Muhammad Fadhil Syukri menunjukkan makanan mikrodiet FS Feed yang dihasilkan 100% bahan organik untuk makanan alternatif larva akuakultur.

SERDANG 27 April - Perkembangan dunia akuakultur sebagai sumber protein telah membawa kepada budaya penternakan ikan dan udang dengan lebih giat pada masa kini. 

 

Bagi meningkatkan tumbesaran dan kadar hidup larva ikan dan udang dalam pengeluaran stok benih, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mencipta makanan mikrodiet yang dikenali sebagai FS Feed. 

 

Ketua Penyelidik Fakulti Pertanian UPM, Dr. Muhammad Fadhil Syukri berkata, FS Feed dihasilkan daripada 100% bahan organik bagi menggantikan makanan hidup seperti Rotifer dan Artemia untuk anak benih ikan serta udang. 

 

Beliau berkata, peningkatan permintaan Artemia di seluruh dunia menjadikan bekalan dan ketersediaannya terbatas di samping harga yang semakin meningkat setiap tahun. 

 

“Disebabkan had dan kos makanan hidup ini maka FS Feed ini dapat dijadikan sebagai makanan alternatif yang menggantikan makanan hidup. Selain itu, FS juga memberi penternakan ikan yang lebih baik pada kos yang lebih rendah selain ia boleh dicerna dengan mudah dan diserap oleh larva ikan.

 

“Terdapat pelbagai saiz FS Feed ini antara 125 hingga 500 mikrometer, yang mana ia boleh diberikan kepada larva secara langsung tanpa memerlukan pra-kultur atau rawatan. Oleh itu, kadar pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang mampu dikekalkan atau lebih baik dengan menggunakan FS feed,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, ciptaan rumusan makanan mikrodiet ini juga memberi jaminan kepada keselamatan makanan hidupan akuakultur. 

 

Katanya, minyak ikan adalah bahan utama untuk makanan mikro itu bagi menyokong pertumbuhan dan survival larva ikan dan udang. 

 

 

upm

 

 

 

upm

 

 

 

upm

]

 

“FS Feed sangat sesuai digunakan oleh penternak dan pembiak larva ikan dan udang kerana dapat mengurangkan kos makanan apabila menggunakan produk tempatan dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai untuk penjagaan makanan. 

 

"Selain itu, teknologi FS Feed juga mampu menghasilkan pengeluaran sepanjang tahun dan dibekalkan terus kepada penternak,” katanya. 

 

 

upm

 

 

 

upm

 

 

 

upm

 

 

 

upm

 

 

 

upm

 

 

FS Feed dijual dalam tiga bentuk pek dengan harga RM15 (10 gram), RM25 (20 gram) dan RM85 (100 gram).

 

Pembelian FS Feed boleh dibuat melalui portal www.thefsfeed.com, Facebook fishshrimpfeed atau hubungi talian 013-9232116. - DagangNews.com