Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan kepada JPJ | DagangNews Skip to main content

Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan kepada JPJ

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman
Oleh BERNAMA

SHAH ALAM 2 Jan - Empat petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) cawangan Wangsa Maju dipanggil memberikan keterangan berhubung siasatan terhadap kenderaan tidak mematuhi standard yang didakwa diluluskan pusat itu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.

 

Beliau berkata dua daripadanya adalah mereka yang bertindak meluluskan kenderaan berkenaan manakala dua lagi yang menggagalkan pemeriksaan itu.

 

“Saya mengesahkan dua individu telah memberikan keterangan kepada JPJ Putrajaya pada 30 Dis dan ada orang ketiga (yang dilihat) itu ialah Pengurus Wilayah Tengah Puspakom yang hanya menemani dua petugas terbabit.

 

“Sementara itu, dua lagi individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di JPJ Putrajaya pada hari ini,” katanya dalam sidang media di Puspakom Shah Alam di sini hari ini. - DagangNews.com