Sunrise Shares Energy, Jinko Solar meterai perjanjian pengedaran bagi mempercepatkan penggunaan rumusan penyimpanan tenaga  | DagangNews Skip to main content

Sunrise Shares Energy, Jinko Solar meterai perjanjian pengedaran bagi mempercepatkan penggunaan rumusan penyimpanan tenaga 

(Dari kiri) Pengarah Sunrise Megabatt Sdn Bhd, Paul Lam; Ketua Pegawai Eksekutif Sunrise Megabatt , Matt Tan; Pengarah Jualan Jinko Solar, Arif Ibrahim; Pengurus Jualan Jinko Solar, Shueh Li Tham dan Darrius Hooi
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Jan - Anak syarikat milik penuh Sunrise Shares Energy Sdn Bhd (SSE), Sunrise Megabatt Sdn Bhd, menandatangani perjanjian pengedaran dengan Jinko Solar Co Ltd bagi mempercepatkan penggunaan rumusan penyimpanan tenaga yang cekap dan mampan di seluruh rantau Asia Tenggara.

 

Perkongsian itu melalui anak syarikat milik penuh Jinko Solar, Zhejiang Jinko Energy Storage Co Ltd, memberikan hak kepada SSE untuk mengedarkan sistem simpanan tenaga bateri (BESS) Jinko Energy Storage di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

 

Di bawah terma perjanjian, SSE akan memperoleh dan mengedarkan produk BESS tercanggih Jinko Energy Storage, termasuk siri SunGiga dan SunTera yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan penyimpanan tenaga.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Sunrise Megabatt Matt Tan berkata, perkongsian dengan Jinko Energy Storage ini menandakan peristiwa penting bagi kami dalam mengembangkan akses kepada teknologi storan tenaga termaju di Malaysia.

 

“Disokong oleh kepakaran Jinko Solar, rumusan tercanggih Jinko Energy Storage membantu kami menawarkan sistem storan tenaga yang boleh dipercayai dan inovatif yang menyokong peralihan Malaysia kepada tenaga boleh diperbaharui (RE),” katanya. 

 

Sunrise Shares Energy Sdn Bhd (SSE) kini mempunyai hak untuk mengedarkan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) termaju Jinko Energy Storage di Malaysia berkuat kuasa serta-merta. 

 

Pengeluar modul fotovoltaik (PV) dan penyepadu sistem storan tenaga, Jinko Solar kini mempunyai lebih 4,000 pelanggan di 200 negara.

 

Kerjasama dijangka dapat mengurangkan kos operasi pelanggan sebanyak 50% manakala mengurangkan jejak karbon pembinaan dengan ketara, sekali gus mempamerkan potensi transformatif teknologi BESS dalam aplikasi dunia sebenar.

 

Sementara itu, pengenalan Skim Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Korporat (CRESS) baru-baru ini oleh kerajaan Malaysia dijangka memacu permintaan untuk BESS lagi. - DagangNews.com