Perdana Menteri harap Pesta Ponggal akan pupuk semangat perpaduan Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri harap Pesta Ponggal akan pupuk semangat perpaduan Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan harapan agar Pesta Ponggal kali ini akan memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan Keluarga Malaysia.

 

Perdana Menteri berharap, pesta yang disambut bermula hari ini sehingga Isnin itu juga diharap akan memberi kemakmuran dan membuka peluang baharu kepada mereka yang meraikannya.

 

"Saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada semua Keluarga Malaysia yang meraikan," katanya menerusi laman Facebook. 

 

Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki.

 


Beliau berkata, pepatah ‘Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti ‘permulaan Thai membuka peluang baharu’ sering diucap berkait dengan perayaan Ponggal. - DagangNews.com