Perdana Menteri ingatkan tanggungjawab Jemaah Kabinet ketika negara alami krisis | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri ingatkan tanggungjawab Jemaah Kabinet ketika negara alami krisis

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra, hari ini bagi membincangkan isu-isu berkaitan banjir dan penangguhan ibadah umrah.

 


Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra.

 

Beliau berkata, mesyuarat memberi penekanan terhadap isu pengurusan banjir dan pasca banjir serta penangguhan ibadah umrah bagi jemaah Malaysia atas sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci.

 

Pada masa sama, Perdana Menteri akan memastikan semua pihak yang terlibat dengan urusan pemberian bantuan kerajaan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan menyegerakan segala urusan berkaitan.

 

"Saya akan pastikan setiap pihak menggalas tugas sebaiknya dalam melancarkan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan

 

"Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan.

 

"Saya juga mengingatkan Jemaah Kabinet bahawa semua mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis yang melanda negara," katanya menerusi ciapan di laman Twitter hari ini.

 

pm

 

Semalam Ismail Sabri memberitahu, pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini.

 

pm

 

Perdana Menteri berkata, sehingga pukul 1 petang hari ini, seramai 36,087 mangsa banjir bersamaan 76% ketua isi rumah telah menerima bantuan tersebut.

 

pms

 

"Kepada mereka yang masih belum mendaftar, segera hubungi PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera Kerajaan Persekutuan," katanya . - DagangNews.com