Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei sempena lawatan 2 hari ke negara itu | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei sempena lawatan 2 hari ke negara itu

Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan mengadakan pertemuan empat mata bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Nurul Iman, hari ini. - Foto/ BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN 15 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.

 

Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Istana Nurul Iman di sini jam 10.45 pagi.

 

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Pada sesi menghadap itu, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zain Shah, lapor Bernama.

 

Perdana Menteri kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata kira-kira setengah jam bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

 

Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan delegasi diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah. - DagangNews.com