Perdana Menteri mulakan lawatan rasmi ke Singapura | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri mulakan lawatan rasmi ke Singapura

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 29 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memulakan lawatan rasmi bersempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) bagi perjalanan udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

 

Beliau tiba di Woodlands pada pukul 10.45 pagi disambut rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat lapor Bernama.

 

Perdana Menteri diiringi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan, Datuk Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

 

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Hsein Loong.

 

Lawatan itu merupakan yang kedua buat Ismail Sabri selepas berkunjung ke Indonesia selasa tiga hari pada 9 November lalu.

 

Majlis sambutan rasmi dijadualkan berlangsung di Istana tengah hari ini.-Dagangnews.com