Peril Allianz tawar perlindungan bencana alam dalam insurans kenderaan | DagangNews Skip to main content

Peril Allianz tawar perlindungan bencana alam dalam insurans kenderaan

Peril Allianz

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menawarkan perlindungan tambahan dalam insurans kenderaan yang dikenali sebagai peril khas.

Ketua Tuntutan, Allianz General, Damian Williamns berkata, perlindangan tersebut adalah untuk membantu pemilik kenderaan menanggung kos membaiki kerosakan akibat daripada bencana alam seperti banjir, pokok tumbang dan sebagainya.

"Sebagai seorang profesional dalam bidang tuntutan, saya ingin menekankan kepentingan untuk menambah perlindungan peril khas bagi insurans kenderaan.

"Perlidungan tambahan ini akan menambah kos premium insurans kenderaan pengguna di samping sebagai sebuah pelaburan yang mampu melindungi kenderaan daripada kejadian dan malapetaka yang tidak dijangka," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Perlindungan peril khas ditawarkan pada 0.25% daripada jumlah yang diinsuranskan terhadap kenderaan pengguna.

Ia menawarkan perlindungan kerosakan akibat  daripada bencana alam seperti banjir, taufan, tanah runtuh serta bencana alam lain.

Tambahnya, selain peril khas itu, pihaknya turut menawarkan perlindungan cermin hadapan kereta yang merupakan perlindungan tambahan penting dalam polisi insurans kenderaan.

"Perlindungan tambahan tersebut bukanlah pilihan yang sukar, dan kami berharap orang ramai boleh memilih dengan tepat apabila memperbaharui polisi mereka.

"Tambahan pula, semua pemegang polisi Motor Komprehensif Allianz General (kereta persendirian) boleh menikmati manfaat perkhidmatan Allianz Road Rangers di talian 1-800-22-5542 dengan bantuan 24 jam.

"Selain itu, beberapa bantuan perkhidmatan lain turut disediakan seperti armada Allianz Road Rangers (Pasukan Bermotosikal dan Trak Tunda Allianz), Perkhidmatan Bantuan Tuntutan, Baucar e-hailing, Kelulusan Tuntutan Ekspres, dan Penghantaran Kenderaan," tambah Damian. - DagangNews.com