Perkhidmatan ShopeeFood kini tersedia untuk pelanggan di Kota Kinabalu | DagangNews Skip to main content

Perkhidmatan ShopeeFood kini tersedia untuk pelanggan di Kota Kinabalu

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Julai - Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, ShopeeFood hari ini mengumumkan perkhidmatannya boleh didapati di beberapa kawasan di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan itu, membolehkan pengguna menikmati pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar melalui aplikasi mudah alih Shopee.

 

Kawasan liputan penghantaran termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Petagas, Menggatal, Inanam, Likas, Foh Sang, Damai, Bukit Padang, Lido dan Luyang.

 

ShopeeFood akan menawarkan pelbagai hidangan tempatan daripada peniaga popular seperti Flips, Little Sulap, Nasi Lemak Bamboo dan Restoran Jamal Salim.

 

Pengguna juga akan menerima pelbagai diskaun dan promoasi daripada jenama popular seperti McDonald's, KFC, Starbucks, Tealive, Boost Juice dan banyak lagi.

 

Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood, Cheok Tuan Ee berkata, Cheok Tuan Ee, ihaknya berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan itu di Kota Kinabalu.

 

"Perkhidmatan ShopeeFood menawarkan nilai, kepelbagaian serta kemudahan untuk pengguna sambil membantu mendigitalkan perniagaan tempatan.

 

shopee

 

"Selain perkhidmatan ShopeeFood, pengguna juga boleh menikmati transasksi tanpa tunai menggunakan ShopeePay apabila menggunakan aplikasi kami.

 

"Kami menggalakkan lebih ramai usahawan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini dengan menyertai kami dan mereka akan menerima akses kepada pangkalan data pelanggan kami yang boleh membantu meningkatkan jualan mereka," katanya dalam satu kenayataan, hari ini.

 

Untuk lebih peluang memenangi hadiah termasuk perjalanan eksklusif ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pulau Mantanani dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM10,000, pengguna boleh menyertai Peraduan Pesanan & Menang yang berlangsung dari 14 Julai - 31 Julai 2022.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ShopeeFood, orang ramai boleh melayari https://shopee.com.my/m/shopeefood dan ikuti @shopeefood_my di Instragram. - DagangNews.com