Permohonan program MYStartup Bootcamp kini dibuka sehingga 31 Ogos 2023 | DagangNews Skip to main content

Permohonan program MYStartup Bootcamp kini dibuka sehingga 31 Ogos 2023

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Permohonan program MYStartup Bootcamp kini dibuka sehingga 31 Ogos 2023 untuk membantu pengasas syarikat kali pertama dengan alat dan pengetahuan penting yang diperlukan untuk melancarkan dan mengembangkan syarikat pemula niaga mereka.

 

MYStartup, pembangun ekosistem permulaan syarikat pemula niaga, berganding dengan Tech in Asia (TIA) dalam pelaksanaan program  sembilan minggu berkenaan, di mana peserta akan didedahkan kepada kurikulum komprehensif yang merangkumi aspek asas untuk memulakan syarikat.

 

 

dfsd

 

 

Melalui pengalaman pembelajaran secara langsung, waktu pejabat yang diperibadikan dan peluang rangkaian tidak ternilai, peserta dapat mengorak langkah dengan yakin sambil mereka menghidupkan idea inovatif mereka.

 

"Program ini menzahirkan komitmen kami dalam memupuk inovasi dan memupuk ekosistem permulaan yang berkembang maju, serta penting untuk memacu pertumbuhan sosio-ekonomi di Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Pembangunan Ekosistem, Cradle Fund, Ahmad Kashfi Alwi dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Menurut beliau, MYStartup Bootcamp disasarkan untuk memperkasakan individu yang bersemangat dengan kemahiran, bimbingan dan peluang rangkaian yang tiada tandingannya agar dapat membina syarikat pemula niaga teknologi berjaya yang boleh memacu impak sebenar.

 

 

Ahmad Kashfi Alwi
Ahmad Kashfi Alwi

 

 

Ketua Pegawai Operasi (COO) Tech in Asia Maria Li menambah, “Melalui kerjasama dengan MYStartup ini, kami menyasarkan untuk menggabungkan kepakaran dan sumber untuk mencipta pengalaman transformatif untuk bakal usahawan yang menyertai MYStartup Bootcamp.”

 

Peserta program tersebut akan menjadi sebahagian daripada komuniti pengasas MYStartup dan dapat mengakses rangkaian mentor, pakar industri dan rakan pengasas yang berharga, memberikan sokongan berterusan di luar MYStartup Bootcamp.

 

Permohonan untuk MYStartup Bootcamp kini dibuka kepada semua bakal usahawan di Malaysia secara percuma sehingga 31 Ogos 2023 dan hanya 20 pemohon teratas akan dipilih untuk peluang eksklusif ini.

 

Permohonan dan maklumat lanjut boleh dilayari di laman web https://school.techinasia.com/mystartup-bootcamp/.  - DagangNews.com