Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 30 Dis - Sektor perbankan diyakini berada di landasan untuk pemulihan pendapatan pada akhir tahun ini daripada penurunan keuntungan teras bersih (CNP) sebanyak 11% pada 2020.
CGS-CIMB berkata, pihaknya mengunjurkan mengunjurkan pertumbuhan CNP sebanyak 11.8% bagi bank pada CY21F, dipacu oleh 7 % peningkatan dalam pendapatan faedah bersih berbanding penurunan 3.2% dalam CY2), dan penurunan 34.9% dalam peruntukan kerugian pinjaman (LLP) berbanding lonjakan 176.7% dalam CY20.
Ujarnya, pertumbuhan CNP tahun ke tahun bank dijangka dikekalkan di atas kadar 20% pada 4Q21F, terutamanya dengan asas CNP yang lebih rendah sebanyak RM4.54 bilion pada 4Q20 berbanding RM5.34bn pada 3Q20.
"Kami menjangkakan CNP bank akan terus berkembang dalam CY22F tetapi pada kadar yang lebih rendah sebanyak 2.3%.
"Pertumbuhan CNP CY22F yang lebih lemah adalah disebabkan oleh cukai tambahan di bawah Cukai Makmur (CM).
"Tidak termasuk cukai CM, CNP bank diunjurkan oleh kami untuk berkembang sebanyak 9.4% dalam CY22F, disokong oleh pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 8.5% dalam pendapatan faedah bersih dalam CY22F berbanding +7% pada FY21F, di belakang peningkatan pertumbuhan pinjaman yang lebih dan jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR)," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tambahnya, perkembangan itu turut dipacu oleh pemulihan dalam pertumbuhan pendapatan bukan faedah kepada 1.8% dalam CY22F berbanding penguncupan 5.8% dalam CY21F, dan penurunan 4.8% dalam LLP.
"Kami mengekalkan panggilan 'Overweight' terhadap sektor ini kerana kami percaya bahawa ia akan mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi dan jangkaan kenaikan OPR pada 2022F," katanya.
CGS-CIMB turut berkata, pemangkin penarafan semula yang berpotensi untuk sektor itu ialah jangkaan pemulihan pertumbuhan pendapatan dalam CY21-22F, yang akan didorong oleh pengembangan dalam margin faedah bersih dan penurunan dalam LLP.
"Pilihan kami untuk sektor ini ialah Hong Leong Bank, Public Bank dan RHB Bank," katanya. -DagangNews.com