Pertunjukan fesyen Shopee 'Raya Stail Kita' rai zaman keemasan budaya Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pertunjukan fesyen Shopee 'Raya Stail Kita' rai zaman keemasan budaya Malaysia

Shopee menganjurkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita bagi memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli barangan tempatan. 
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 Mac - Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli barangan tempatan. 

 

Dengan tema ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap dan nostalgia dengan ‘twist’. 

 

Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh berkata, pertunjukan fesyen itu adalah warkah cinta buat zaman keemasan P Ramlee dan Saloma.

 

"Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia untuk beraya, kunjung-mengunjung di Hari Raya dan meraikannya dengan yang tersayang di seluruh negara. 

 

"Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut platform e-dagang itu, tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan ‘catwalk’ model untuk mengajar penonton di seluruh negara bagaimana busana berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama untuk gaya sedondon bersama seluruh keluarga. 

 

Katanya, 10 penjual fesyen muslim Shopee termasuk, Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset dan Mikaseries by Zoey Rahman. 

 

 

shopee
Kenneth Soh (tiga, kiri) dan Datuk Jovian Mandagie (tiga, kanan) bergambar ketika pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita.

 

 

Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas 'runway' dengan menaja barang kemas dan aksesori, katanya.

 

Katanya, jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuk Y.O.U, SimplySiti, Silkygirl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA.

 

 

shopee

 

 

Sementara itu, pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie berpendapat, Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada berada di kampung atau di bandar. 

 

"Berpakaian secara selesa dan sopan. Elak daripada ‘overdressing’. Apabila memilih baju raya, utamakan keselesaan dan cuma mengikut trend jika ia bersesuaian dengan personaliti anda," katanya.

 

 

shopee

 

 

Selain itu, kajian Raya Stail Kita yang dijalankan terhadap pembeli di platform Shopee mendapati 9 dalam 10 yang ditinjau memilih untuk bergaya sedondon dengan seluruh keluarga dan ia memacu pembelian pakaian raya mereka. - DagangNews.com