Petugas sukarelawan PPVI PLUS terima sumbangan RM50,000 dari PSKLM dan Kelab PLUS Malaysia | DagangNews Skip to main content

Petugas sukarelawan PPVI PLUS terima sumbangan RM50,000 dari PSKLM dan Kelab PLUS Malaysia

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyaksikan penyerahan sumbangan Kelab PLUS oleh presidennya, Nizam Ismail kepada Dr. Rahimie Sayutti dalam lawatannya ke Persada PLUS IPVC, Sabtu lalu.
 

PETALING JAYA 10 Ogos - Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Kelab PLUS Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 yang bakal memberi manfaat kepada para petugas sukarelawan Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

 

Yang Di-Pertua PSKLM, Datuk Azman Ismail telah menyampaikan cek bernilai RM30,000 sementara Presiden Kelab PLUS, Nizam Ismail pula menghulurkan cek bernilai RM20,000 kepada Dr. Rahimie Sayutti dari Primer Cherang, rakan penasihat perubatan PPVI PLUS dan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin semasa lawatannya ke Persada PLUS, baru-baru ini.

 

PPVI Persada PLUS yang mula beroperasi pada 26 Julai 2021 merupakan Pusat Pemberian Vaksin Intergrasi (PPVI) yang pertama melibatkan Ibu Pejabat Pengendali Lebuhraya seumpamanya.


 

PLUS
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyaksikan penyerahan sumbangan PSKLM oleh Datuk Azman Ismail kepada Dr. Rahimie Sayutti semasa melawat Persada PLUS IPVC, Sabtu lalu.

 

PPVI ini dijayakan dengan kerjasama rakan penasihat perubatannya, Primer Cherang bersama ProtectHealth, yang merupakan pelaksana pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - DagangNews.com