Pharmaniaga hantar vaksin Sinovac pada 1 Ogos 2021, lebih awal – seiring dengan permintaan kerajaan percepat PICK | DagangNews Skip to main content

Pharmaniaga hantar vaksin Sinovac pada 1 Ogos 2021, lebih awal – seiring dengan permintaan kerajaan percepat PICK

Oleh JOHARDY IBRAHIM
editor@dagangnews.com


 

SHAH ALAM 2 Dis – Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memperjelaskan bahawa syarikat itu menyempurnakan penghantaran berkontrak 12 juta dos, empat bulan lebih awal dan tiada berlaku kelewatan seperti didakwa dalam laporan sesetengah media.

 

Dalam kenyataan di sini, Pharmaniaga mengulas laporan media yang `tersalah lapor’ dengan memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) bahawa kerajaan membayar premium kepada pengeluar Sinovac Biotech Ltd (Sinovac) untuk dos tertentu bagi `memenuhi kelewatan yang didakwa disebabkan oleh Pharmaniaga'.

 

``Kami ingin menjelaskan bahawa Pharmaniaga telah menyempurnakan penghantaran 12 juta dos, empat bulan lebih awal.

 

``Dan kerajaan Malaysia telah membayar harga sedikit tinggi bagi tambahan tempahan untuk vaksin Sinovac COVID-19 dari China bagi mempercepatkan penyempurnaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

``Adalah penting untuk memaklumi bahawa secara kontrak, Pharmaniaga bertanggungjawab untuk menghantar 12 juta dos vaksin isi dan lengkap Sinovac daripada kilang berteknologi tinggi, disahkan EU, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS),’’ kata syarikat itu.

 

Menurut Pharmaniaga, keadaan itu dijelaskan dengan baik oleh bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin di dalm laporan PAC yang sama.

 

“Kita terpaksa membayar premium, (keputusan) yang mana Kabinet telah persetujui. Ini kerana kita mahu menyegerakannya. Jika tidak, kita terpaksa menunggu sehingga Oktober,’’ kata YB Khairy semasa pertemuan dengan PAC pada 27 Julai.

 

Dinyatakan bahawa laporan itu tidak jelas dari segi jadual penghantaran mingguan daripada pembekal lain telah menjejaskan penjadualan temujanji. Terdapat kelewatan penghantaran vaksin daripada pengeluar vaksin COVID-19 yang lain.

 

Dengan peningkatan bilangan kes jangkitan COVID-19 pada Mei, Langkah menyokong inisiatif Kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok berjata dicapai kerana Pharmaniaga mempunyai akses terhadap vaksin lengkap daripada Sinovac di China.

 

''Sekali lagi, Kumpulan Pharmaniaga ingin menegaskan bahawa syarikat telah cukup konsisten di dalam komitmennya kepada Kerajaan untuk memenuhi penghantaran vaksin isi dan lengkap Sinovac oleh PLS dan turut menyokong Kementerian Kesihatan, yang mana ia dapat menguruskan pandemik tersebut dengan cukup baik.

 

``Di Pharmaniaga, kami mengekalkan standard tertinggi di dalam tadbir urus korporat dan ketelusan di dalam urus niaga perniagaan kami, dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang berterusan menjejaskan reputasi dan integrity syarikat,’’ katanya.

 

Pharmaniaga merupakan syarikat peneraju farmaseutikal bagi kumpulan syarikat-syarikat Boustead Holdings Berhad, dan bersama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, merupakan pemegang saham utama di dalam syarikat. – DagangNews.com