PICORP dapat kontrak kawal serangga perosak di Makkah | DagangNews Skip to main content

PICORP dapat kontrak kawal serangga perosak di Makkah


KUALA LUMPUR 4 Jun -  Anak syarikat milik penuh Progressive Impact Corporation Bhd (PICORP), Saudi ASMA Environmental Solutions LLC memperoleh kontrak perkhidmatan pemantauan kawalan serangga perosak daripada Makkah Municipality (MM) bernilai RM27.88 juta (SAR25.32 juta).

 

Kontrak berkenaan adalah bagi tempoh 49 bulan, bermula daripada tarikh penerimaan tapak projek atau mana-mana tarikh khusus yang ditentukan oleh MM, kata PICORP dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

"Tanggungjawab Saudi ASMA di bawah kontrak berkenaan melibatkan pengambilan tenaga kerja, perolehan kenderaan, peralatan, insurans dan penyediaan perkhidmatan pemantauan kawalan serangga perosak di Mekah.

 

"Saudi ASMA diminta menyerahkan bon prestasi 5% daripada jumlah nilai keseluruhan kontrak (yang sah dalam tempoh keseluruhan projek) dalam masa 10 hari daripada tarikh surat tawaran 1 Jun 2021," katanya, lapor Bernama.

 

Kontrak itu dijangka memberikan kesan kewangan positif terhadap aset bersih sesaham dan pendapatan sesaham PICORP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember dari 2021 hingga 2025.

 

Ia juga dijangka tidak mempunyai kesan material terhadap gearan PICORP, katanya. - DagangNews.com