Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation | DagangNews Skip to main content

Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation

 

 


KUALA LUMPUR 1 April - Pindaan Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM) yang merupakan pengaturan pembiayaan serantau antara Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat negara-negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea (ASEAN+3) dan Monetary Authority of Hong Kong, China, berkuat kuasa 31 Mac 2021.

 

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pindaan ini berfungsi untuk terus menambah baik CMIM, yang berada di tengah-tengah jaringan keselamatan kewangan serantau ASEAN+3, menjadikannya lebih berkesan dan sedia beroperasi untuk negara-negara anggota.

 

Ciri-ciri utama pindaan Perjanjian CMIM adalah seperti berikut:

 

Bagi meningkatkan International Monetary Fund (IMF) De-Linked Portion daripada 30% kepada 40% daripada jumlah pengaturan maksimum setiap ahli

  • IMF De-Linked Portion ialah jumlah yang mungkin boleh diminta oleh setiap ahli daripada CMIM apabila tidak ada program sokongan IMF yang sepadan. Peningkatan IMF De-Linked Portion kepada 40% daripada jumlah pengaturan maksimum setiap anggota menjadikan CMIM lebih tersedia untuk digunakan oleh negara-negara yang memerlukan

 

Bagi memasukkan (institutionalise) penggunaan mata wang tempatan negara anggota, selain daripada dolar AS, untuk pembiayaan CMIM secara sukarela dan berdasarkan permintaan

  • Pindaan ini menjadikan mata wang tempatan negara-negara anggota tersedia untuk pemberian sokongan mudah tunai di bawah sebarang pengaturan CMIM dalam jumlah kapasiti pembiayaan CMIM sebanyak AS$240 bilion. Pembiayaan mata wang tempatan di bawah CMIM akan dibuat secara sukarela dan berdasarkan permintaan

 

Bagi mengatasi masalah teknikal lain, termasuk semakan yang berkaitan dengan pembaharuan London Inter-bank Offered Rate (LIBOR)

  • Perjanjian CMIM ini juga membuat penyesuaian teknikal yang lain, seperti sumber maklumat untuk penentuan kadar pertukaran asing, dan format mesyuarat untuk badan pembuat keputusan CMIM bagi menyertakan fleksibiliti dalam penganjuran mesyuarat secara maya. - DagangNews.com