Platform ekonomi komuniti NFT Colorverse pacu perubahan baharu di Asia | DagangNews Skip to main content

Platform ekonomi komuniti NFT Colorverse pacu perubahan baharu di Asia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Okt - Sebuah ekosistem ekonomi komuniti yang diterajui komuniti dan memfokus kepada NFT (non-fungible token) inovatif baharu, Colorverse telah dilancarkan pada bulan ini. 

 

Platform pemacu perubahan tersebut menggabungkan elemen terbaik dari aktiviti perolehan dan hiburan untuk para pencipta dan peminat (komuniti), di samping mendemonstrasikan bagaimana Web 3.0 mencipta nilai apabila ia beralih dari ekonomi pencipta Web 2.0 sedia ada kepada sesuatu yang dihasilkan oleh komuniti untuk komuniti.

 

Secara keseluruhannya, ekosistem dikuasakan blockchain itu memperkasakan para pencipta dan peminat untuk bersosial, berhubung antara satu sama lain, selain meraih manfaat sepanjang proses tersebut. 

 

Mereka juga dapat menikmati peluang “Earn-tertainment” untuk memperoleh, menghibur dan berhibur. Segala yang terbaik dalam aktiviti-aktiviti perolehan dan hiburan, dan Colorverse merupakan ekonomi komuniti pertama di Asia yang membolehkannya untuk kedua-dua audiens. 

 

Komuniti NFT adalah kaedah berhubung baharu antara para pencipta dan peminat. Di Colorverse, platform ini membolehkan para pencipta membina komuniti mereka sendiri dengan melancarkan NFT yang unik dan menganjurkan acara metaverse. 

 

Ia juga menyediakan platform untuk peminat-peminat mereka bersosial, berhubung dan saling mencipta - inilah cadangan “sama menang” untuk seluruh komuniti tersebut.

 

Selain berhubung, komuniti NFT juga memperkasakan para pencipta dan peminat untuk menikmati pelbagai manfaat kewangan - mereka akan diberi ganjaran berdasarkan tahap aktiviti masing-masing dalam komuniti seperti membawa ahli-ahli baharu, memberi tip kepada pencipta dan sebagainya. 

 

 

colorverse

 

 

Para peminat boleh memanfaatkan ciri-ciri sedia ada untuk membincangkan, mencadangkan, dan menyumbang kepada masa hadapan dan pertumbuhan kekayaan komuniti. Platform ini memberikan nilai sebenar “Earn-tertainment” kepada para pencipta dan peminat serta memaksimumkan kerjasama antara jenama untuk memastikan pertumbuhan kekayaan yang mampan dalam komuniti.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Colorverse, Sharon Tse berkata, Colorverse dicipta sebagai sebuah platform diterajui komuniti yang mana para pencipta dan peminat mempunyai ruang untuk saling menikmati manfaat komersial dengan membina rangkaian sosial mereka dan saling memberi galakan kepada satu sama lain. 

 

 

colorverse

 

 

"Kami berusaha keras untuk menjadi ekonomi komuniti NFT terbaik di Asia di samping mendefinisi semula cara peminat dan pencipta berhubung untuk saling mencipta dan menikmati manfaat. Pada masa sama, kami turut membolehkan kedua-dua pihak menikmati pertumbuhan ‘earn-tertainment’ baharu dalam komuniti NFT kami.

 

“Misi kami yang sebenar adalah untuk menangani dan menyelesaikan isu hubungan antara pencipta-peminat yang tidak memuaskan dalam era Web 2.0. 

 

"Dalam pada dunia melalui peralihan dari Web 2.0 ke Web 3.0, potensi Web 3.0 yang belum diterokai menjanjikan salah satu peluang pelaburan yang paling menarik untuk semua orang yang terlibat dalam bidang ekonomi komuniti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - DagangNews.com