KUALA LUMPUR 17 Ogos - Platform insurtech, Ouch melancarkan produk takaful digital pertamanya, Pusara Pro, menjadikan kemasukannya ke pasaran takaful sebagai pengendali takaful digital pertama melalui Bank Negara Malaysia.
Pusara Pro adalah produk jangka hayat ringkas yang menyediakan peserta manfaat kematian sehingga RM500,000 dan manfaat belas ihsan tambahan sebanyak 10% daripada jumlah diinsuranskan.
Ia turut menawarkan tuntutan bayaran manfaat ihsan dalam tempoh 24 jam, rekod pertama di Malaysia merentas kedua-dua pasaran konvensional dan takaful.
Semua tuntutan boleh dibuat secara terus melalui aplikasi mudah alih Ouch, yang memudahkan lagi proses tuntutan.
Ketua pegawai eksekutifnya, Shazy Noorazman berkata, pihaknya bertekad untuk menghapuskan salah satu halangan terbesar industri - pengalaman tuntutan dan tempoh pemprosesan.
"Pemulihan pantas 24 jam untuk tuntutan ihsan adalah komitmen kami kepada peserta supaya kami dapat membantu menyediakan sokongan kewangan yang penting untuk keluarga serta-merta ketika masa mencabar, selepas kehilangan orang yang disayangi," katanya dalam kenyataan media di sini.
Shazy berkata, iandustri takaful mengalami peningkatan 18.3% dalam caruman kasar pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, menurut Laporan Tahunan Persatuan Takaful Malaysia.
"Pelancaran Pusara Pro akan memacu pertumbuhan takaful lebih jauh dan menjangkau kumpulan khalayak yang lebih luas," katanya.
Selain pengurusan polisi, aplikasi itu juga kelihatan sebagai alat takaful/insurans pendidikan untuk golongan muda Malaysia.
Ia juga menawarkan ciri ganjaran, kalkulator perlindungan untuk membantu mengenal pasti strategi paling sesuai untuk penggunanya, serta program rujukan untuk semua peserta untuk mendapatkan ganjaran. - DagangNews.com