KUALA LUMPUR 22 Nov - Kempen Cuti-Cuti Malaysia Terengganu anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dilanjutkan sehingga 7 Disember 2022 bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi pulangan tunai percutian sehingga RM20,000.
PLUS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, orang ramai hanya perlu mendaftar di https://bit.ly/3EwsP0t untuk menyertai kempen tersebut.
"Peserta hanya perlu memandu ke Terengganu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan singgah ke tiga (minimum) destinasi tarikan di Terengganu.
"Muat turun aplikasi Tourplus dan kongsikan ulasan (review) anda beserta gambar di dalam aplikasi tersebut dan berpeluang untuk memenangi pulangan tunai sebanyak RM1,000," katanya.
Katanya, lebih banyak ulasan dikongsikan, lebih tinggi peluang untuk menang, tertakluk kepada terma dan syarat. - DagangNews.com