Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
KUALA LUMPUR 2 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.
Ismail Sabri berkata, beliau mahu semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka.
"Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia yang tersayang. Buat yang terbaik demi untuk masa depan kalian.
"Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan. Pak Long sayang semua. All the best,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Peperiksaan SPM yang berlangsung hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon peperiksaan di seluruh negara. - DagangNews.com