Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
KUALA LUMPUR 4 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang.
Ismail Sabri dilihat solat di saf belakang tanpa protokol dan sebarang kawalan keselamatan pengiring serta pegawainya.
Beliau yang memakai baju kurta putih turut meluangkan masa beramah mesra bersama para jemaah selepas menunaikan solat.
Dalam pada itu, beliau menerusi ciapan di Twitternya berkata, beliau bersama para jemaah menunaikan solat di masjid tersebut.
"Jumaat yang penuh rahmat dan keberkatan. Bersama para jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera.
"Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT," katanya. - DagangNews.com