PM ucap selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak | DagangNews Skip to main content

PM ucap selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak

KUALA LUMPUR 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak. 

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya berkata, tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak.

 

"Saya bangga melihat arus pembangunan dan kemajuan yang sudah banyak dikecapi oleh negeri Sarawak. 

 

"Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya," katanya. - DagangNews.com