KUALA LUMPUR 29 Ogos - Rangkaian makanan segera gaya Malaysia, Pop Meals melancarkan "The Mac-deka Trio" yang menawarkan tiga variasi hidangan seperti 'Masak Lemak Mac and Cheese', 'Super Creamy Mac and Cheese' dan 'Crazy Spicy Mac and Cheese' sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.
Menu tersebut hanya tersedia untuk masa terhad sahaja antara 29 Ogos dan 30 September 2022.
Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali berkata, daripada 30 item pada menu mereka, hidangan Mac and Cheese adalah kegemaran ramai rakyat Malaysia.
“Kami telah menghidangkan lebih daripada sejuta Mac and Cheese di 32 cawangan kami di sekitar Lembah Klang dan Seremban sejak restoran Pop Meals pertama dibuka pada 2020.
"Pada mulanya, pasukan kami menganggap Crazy Spicy Mac & Cheese terlalu pedas tetapi pelanggan memberitahu kami bahawa mereka mahukannya lebih pedas jadi itulah cara kami menambah baiknya. Boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat suka makanan pedas.
“Kami mencabar sesiapa sahaja untuk mencari Mac and Cheese yang lebih popular di Malaysia dan kami teruja untuk meraikan Hari Merdeka ke-65 dengan tiga jenis Mac and Cheese Malaysia yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shaik berkata, The Mac-deka Trio menonjolkan profil rasa berkrim, pedas dan pedas yang sangat digemari rakyat Malaysia.
“Resepi Mac and Cheese asli Malaysia ini adalah hasil analisis ribuan maklum balas pelanggan.
"Bedasarkan maklum balas ini, kecerdasan buatan (AI) kami menentukan tahap krim, keenakan dan kepedasan yang paling dinikmati rakyat dari semua peringkat umur, supaya setiap hidangan yang keluar dari dapur Pop Meals pasti menjadi kegemaran ramai,” katanya.
Pop Meals juga akan memberikan satu Mac-deka Mac and Cheese percuma dengan pembelian tiga ala carte Mac-deka Mac and Cheese dengan kod baucar MACDEKA31 pada aplikasi mereka. - DagangNews.com