Pos Malaysia cadang buka 9 kedai serbaneka Pos Shop menjelang akhir tahun ini | DagangNews Skip to main content

Pos Malaysia cadang buka 9 kedai serbaneka Pos Shop menjelang akhir tahun ini

Pos Malaysia melancarkan kedai serbaneka Pos Shop keduanya yang terletak di lokasi strategik di Brickfields, Kuala Lumpur.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Nov - Pos Malaysia Bhd bercadang untuk membuka 9 buah lagi kedai serbaneka Pos Shop di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini.

 

Ia bagi menawarkan pengalaman dalam kedai dan kemudahan runcit yang menarik sambil berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia.

 

Terdahulu, Pos Malaysia melancarkan kedai serbaneka Pos Shop keduanya yang terletak di lokasi strategik di Brickfields, di sini.

 

Pos Shop baharu bersepadu itu dengan Pos Laju Brickfields yang sedia ada, merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit. 

 

Satu tambahan istimewa untuk cawangan Pos Shop Brickfields adalah pengenalan Pos Kafe, yang menawarkan pelanggan pelbagai makanan dan minuman sedia dimakan (RTE) di ruang makan selesa yang disediakan atau dibawa pulang. 

 

Pelancaran tersebut menandakan pembukaan Pos Shop kedua pada tahun ini, dengan Pos Shop pertama dilancarkan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada Mei lalu.

 

 

pos

 

 

pos

 

 

Ketua Pegawai Transformasi dan Digital Kumpulan Pos Malaysia, Sumesh Rahavendra berkata, pihaknya gembira dengan maklum balas positif yang diterima daripada pembukaan Pos Shop pertama di Medan Tuanku. 

 

"Kami yakin cawangan kedua ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Dengan pengenalan Pos Kafe dalam Pos Shop, para pelanggan kini boleh menikmati makanan dan minuman yang disediakan segar setiap hari. 

 

 

pos

 

 

pos

 

 

"Dalam perjalanan transformasi Pos Malaysia yang berterusan, kami komited untuk menyampaikan konsep peruncitan inovatif yang memberikan nilai tambah untuk para pelanggan kami. Kami sedang meningkatkan ruang runcit kami yang luas untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut Sumesh, sebagai sebuah organisasi yang bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, pihaknya berazam untuk menyampaikan khidmat kepada komuniti setempat melewati batasan transaksi pos tradisional.

 

 

pos

 

 

pos

 

 

Memanfaatkan capaian dan tapak runcit yang luas, Pos Shop menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, snek, dan produk penjagaan diri pada harga yang kompetitif. 

 

Pos Shop Brickfields dibuka dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dan terletak di Jalan Tun Sambanthan.

 

 

pos

 

 

Pos Shop Brickfields kini menjalankan promosi pembukaan beli 1 percuma 1 untuk ais krim dan pau sehingga akhir bulan ini. - DagangNews.com