KUALA LUMPUR 22 Mei - Sepertimana yang diumumkan sebelum ini, Tentera Darat pada fasa akhir untuk memuktamadkan pembelian kenderaan perisai bagi menggantikan Sibmas dan Radpanzer Condor.
Pembelian ini bagaimana pun berbeza dengan penggantian Radpanzer Condor yang masih digunakan tentera pengaman negara di Lubnan.
Berdasarkan pemerhatian semasa, Tentera Darat dilihat cenderung untuk memilih kenderaan buatan Turkiye berdasarkan penilaian yang dibuat beberapa tahun lalu.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7372052651577478407.jpg?itok=N9xAQBNc","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7372052651577478407?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Justeru, lawatan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan ke Turkiye seolah-olah memberi p petanda pada perkembangan tersebut.
Muhammad Hafizuddeain bersama delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang FNSS Savunma Sistemleri A.S (FNSS) di Ankara, Turkiye.
FNSS merupakan peneraju dalam industri pertahanan di negara itu dalam pembuatan kenderaan perisai dan armor yang unggul.
FNSS merupakan syarikat yang bersama-sama DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) membangunkan kenderaan berperisai ACV 300 Adnan dan AV8 Gempita di Pekan, Pahang.
Penglibatan Turkiye khususnya FNSS dalam industri pertahanan di Malaysia telah bertapak lebih 20 tahun.
Lawatan ini bagi melihat beberapa jenis kenderaan perisai buatan firma tersebut.
Antaranya ialah ACV 300 yang telah dinaiktaraf, kenderaan PARS 4x4 Wheeled Armoured Vehicle (WAV) dan PARS III 6x6 APC.
Kenderaan ini telah melalui proses uji nilai di Malaysia dua tahun lalu.
Fasa ujian tersebut telah diadakan pada 5 hingga 21 April 2022 bertujuan menguji tahap kompetensi kesemua kenderaan.
Mengikut spesifikasi yang telah diuji, PARS 4x4 WAV sesuai digunakan oleh Kor Armor Diraja (KAD) sebagai kenderaan peninjau berperisai (ARV.
PARS III 6x6 pula lebih sesuai sebagai kenderaan tempur armor (AFV) dan kenderaan pembawa anggota (APC).
Sekurang-kurangnya 136 buah kenderaan jenis A 4x4 akan dibeli menerusi peruntukan RM2.049 bilion sepertimana yang diumumkan selepas Bajet 2023 dibentangkan.
Semasa pembentangan Bajet 2024 lalu pula kerajaan menegaskan fokus utama perolehanan yang akan dilaksanakan tahun ini ialah pembelian kenderaan perisai infantri dan Kenderaan Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (HMLTV).
Delegasi PTD turut melawat ke kilang Norul Makina Ve Sanayi A.S di Ankara.
Norul Makina telah membekalkan 20 buah kenderaan perisai Panthera 4x4 untuk tentera pengaman Malaysia di Lebanon (Malbatt) bagi menggantikan sebahagian Radpanzer Condor.
Dalam lawatan itu delegasi melihat dengan lebih dekat demonstrasi kenderaan perisai ringan 4x4 NMS (LAV).
NMS 4x4 turut dipamerkan semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2024) lalu.
Kenderaan ini juga telah diuji nilai di Malaysia dua tahun lalu bagi mengetahui tahap ketahanan dan mobiliti apabila digunakan pada bentuk muka bumi negara.
Jika benar kenderaan perisai Turkiye menjadi pilihan Tentera Darat, pembinaan secara usaha sama ini dijangka melibatkan juga Deftech sebagai rakan industri strategik di Malaysia. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/tSfreqUTF5w.jpg?itok=_2zJrx7m","video_url":"https://youtu.be/tSfreqUTF5w","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}