PPB Group dijangka catat keputusan lebih lemah pada separuh pertama 2024 kesan prestasi lemah syarikat bersekutu Wilmar | DagangNews Skip to main content

PPB Group dijangka catat keputusan lebih lemah pada separuh pertama 2024 kesan prestasi lemah syarikat bersekutu Wilmar

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Ogos - PPB Group Bhd dijangka mencatatkan pendapatan separuh pertama yang lebih lemah, berikutan prestasi 1HFY24 yang mengecewakan daripada syarikat bersekutunya, Wilmar International Ltd.

 

Kenanga Research menurunkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) teras FY24 untuk PPB sebanyak 10%, bagi mencerminkan 1HFY24 yang lebih lemah.

 

Wilmar melaporkan untung bersih teras 1HFY24 yang lemah sebanyak AS$606 juta (RM2.68 bilion), hanya mencapai 39% daripada unjuran keuntungan FY24 konsensus dengan hasil dan margin lebih rendah.

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun Wilmar mencatatkan keputusan 1QFY24 lebih lemah kesan perdagangan komoditi yang perlahan tetapi mereka dijangka mencatatkan keputusan lebuh baik pada 2HFY24.

 

“Keputusan 1QFY24 Wilmar terjejas disebabkan hasil lebih lemah kesan harga komoditi lebih rendah dan terus dilemahkan oleh dagangan gula dan hasil 2QFY24 terus merosot berbanding jangkaan kesan daripada harga komoditi yang mendatar," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Bagaimanapun, Kenanga Research menjangkakan 2HFY24 yang lebih baik untuk kumpulan itu, berikutan pertumbuhan segmen makanan pengguna yang kukuh, yang meningkat 77% tahun ke tahun pada 1HFY24.

 

Selain itu, permintaan yang bertambah baik untuk makanan industri, minyak makan dan bijirin dengan margin yang lebih baik juga berkemungkinan menyumbang kepada kemungkinan peningkatan 2HFY2024 untuk Wilmar.

 

Seiring dengan ini, pendapatan minyak sawit dijangka meningkat daipada pengeluaran buah tandan segar (BTS) bermusim yang lebih tinggi, pada harga tawaran kumpulan komoditi yang agak kukuh.

 

Bagaimanapun, berdasarkan semakan pendapatan FY24 Kenanga, harga gula yang lebih lemah pada 1HFY24 dijangka kekal untuk baki FY24 dan ringgit yang lebih kukuh dijangka menghakis sumbangan Wilmar pada 2HFY24 antara 2% hingga 3%.

 

Secara keseluruhannya, firma penyelidikan itu kekal optimistik terhadap segmen makanan pengguna Wilmar disokong oleh kelas pertengahan yang semakin meningkat di rantau ini, normalisasi pasca pandemik dalam pendapatan dan perbelanjaan boleh guna, serta kos input bahan mentah yang kekal terkawal.

 

"Kami mengekalkan saranan 'ouperform' bagi PPB dengan harga sasaran RM17.50 sesaham," katanya.- DagangNews.com