IPOH 15 Jan - Syarikat pemaju hartanah Kinta Properties Sdn. Bhd. (Kinta Properties) positif terhadap jualan 2 projek perumahan baharunya iaitu West Park di Bandar Baru Sri Klebang yang menampilkan rekaan terkini.
Ini kerana sejak dilancarkan minggu lalu, hampir 80% unit kediaman Caper dan Clove berjaya dijual sekali gus menunjukkan permintaan tinggi terutamanya pembeli keluarga.
Pengurus Jualan Kinta Properties, Karen Wong, berkata, sambutan pembeli itu didorong oleh reka bentuk unik dan susun atur kediaman yang luas selain faktor lokasi.
“Rumah berkembar setingkat Caper dengan keluasan lot 40’x80’ dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air menjadi pilihan utama pasangan muda.
“Tambahan pula, harga bermula RM588,800 untuk rumah pegangan bebas dalam kawasan berpagar turut menjadi faktor tarikan utama,” katanya.
Bagi rumah kluster dua tingkat Clove pula, Wong menjelaskan rumah jenis ini lebih diminati keluarga dengan anak-anak yang sedang membesar.
“Dengan keluasan 35’x70’ rumah kluster pegangan bebas ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Ia juga dalam komuniti berpagar pada harga permulaan RM618,800,” katanya.
Bandar Baru Sri Klebang yang terletak di antara Bandar Meru Raya dan Chemor juga strategik kerana berhampiran pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, sekolah, restoran dan bank.
Lokasinya cuma 12 kilometer ke pusat bandar Ipoh.
Selain Caper dan Clove, Kinta Properties turut menawarkan kediaman lain seperti rumah berkembar dua tingkat Xyris serta rumah teres dua tingkat Rosewood2 dan Marigold2 di Bandar Baru Sri Klebang.
Menurut Wong, menariknya Kinta Properties menawarkan rebat sebanyak RM15,000 atau RM30,000 untuk pembeli rumah Xyris dan Rosewood2 sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.
Katanya, Kempen Tawaran Huat Kaw Kaw itu merupakan peluang baik kepada bakal pembeli.
“Rumah Xyris yang bermula pada harga RM838,800 untuk Fasa 1 dan RM878,800 bagi Fasa 2 menampilkan lot bersaiz 40’x80’ dengan 4 bilik tidur dan 5 bilik air.
“Ruang tamu, ruang makan dan dapur kering berkonsep terbuka yang bersambung dengan dapur basah.
“Rumah dalam Fasa 2 turut dilengkapi panel solar PV untuk kelestarian.
“Rumah Rosewood2 pada harga RM472,800 menawarkan 4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur basah dengan saiz luas menjadikannya pilihan praktikal untuk keluarga,” ujarnya.
Rumah contoh di Bandar Baru Sri Klebang dibuka setiap hari daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang untuk dikunjungi.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek hartanah ini boleh melayari laman web www.kintaproperties.com atau hubungi talian 012-500 8018. - DagangNews.com