KUALA LUMPUR 13 Mei - Press Metal Aluminium Holdings Bhd dijangka mencatatkan pertumbuhan dua digit pada FY24 disokong oleh harga aluminium melebihi paras AS$2,400 bagi setiap tan.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, harga aluminium kekal disokong permintaan berdaya tahan daripada kenderaan elektrik dan sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) dan ketidaktentuan dalam bekalan elektrik di Yunnan memperlahankan pertumbuhan kapasiti di China.
Firma penyelidikan itu menyemak naik ramalan pendapatan FY24 dan FY25 masing-masing 7% serta 4% dengan andaian harga aluminium spot lebih tinggi.
"Kami menaikkan penarafan Press Metal kepada 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM6.00 berbanding RM4.65 berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 28x pada ramalan keuntungan FY25.
"Kami menyukai Press Metal kerana struktur kosnya yang baik kerana sebahagian besar kos tenaganya dilindungi perjanjian pembelian kuasa (PPA) 155 hingga 25 tahun dengan Sarawak Energy, rekod prestasi kukuh sebagai proksi aluminium boleh dilabur di Malaysia dan profil amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang menggalakkan kerana pusat peleburannya dikuasi oleh tenaga hidro," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, Bloomberg Intelligence (BI) kenderaan tenaga elektrik (NEV) dan fotovoltaik (PV) kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan permintaan aluminium.
Katanya, permintaan China meningkat 12% dari tahun ke tahun kepada 46.4 juta tan pada suku pertama tahun ini (konsensus: 43 juta tan), didorong oleh pengeluaran NEV yang berkembang pesat (27%) dan pemasangan solar (33%).
Menurut BI, permintaan aluminium daripada sektor pengangkutan (23%) dan elektronik (23%) di China dijangka mengatasi pembinaan (22%) pada tahun ini.
"Walaupun permintaan agak merosot dalam segmen hartanah di China dan kelemahan permintaan di Eropah, kami percaya bahawa harga aluminium sesama akan disokong beberapa factor termasuk pertumbuhan berdaya tahan daripada NEV dan RE. - DagangNews.com