Proton beri diskaun 20% untuk alat ganti terpilih buat mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

Proton beri diskaun 20% untuk alat ganti terpilih buat mangsa banjir

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Dis - Proton menyediakan bantuan pemilik kenderaan nasional itu termasuk diskaun 20% bagi alat ganti terpilih dan caj pekerja untuk pelanggan yang terjejas akibat banjir.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullan berkata, selain itu, Proton juga akan menyerap kos penundaan sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin bernilai RM100.  

 

Beliau berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pemilik model Proton dan mereka perlu membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

 

“Banjir yang berlaku baru-baru ini menejejaskan ribuan orang terutama mereka yang berada di Selangor dan Shah Alam, lokasi ibu pejabat Proton

 

"Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan mereka dan ini termasuk kereta mereka juga. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan utama syarikat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Roslan berkata, Proton juga akan berusaha memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan mereka bagi menikmati faedah itu.

 

poton

 

"Proton bernasib baik kerana banjir yang berlaku tidak menjejaskan bahagian pengeluaran namun menjejaskan lebih 1,000 warga kerja kami.

 

poton

 

"Oleh itu ahli-ahli Kelab Proton, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, telah diaktifkan untuk menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan-rakan dan keluarga mereka," katanya. 

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut orang ramai boleh menghbubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-88-8398. - DagangNews.com