Proton lancar 4 model edisi khas Khamis ini | DagangNews Skip to main content

Proton lancar 4 model edisi khas Khamis ini

Proton lancar 4 model edisi khas Khamis ini

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Jenama kereta nasional pertama Malaysia, Proton Holdings Bhd. (Proton) bakal melancarkan empat model kenderaan khas pada 18 Februari nanti.

 

Pelancaran yang bakal dijalankan secara maya itu bakal menampilkan model khas bagi Persona, Exora, Saga R3 dan Iriz R3.

 

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Proton memberitahu, model khas bagi Persona dan Exora itu akan dilancarkan dengan penampilan warna hitam eksklusif.

 

"Memperkenalkan Proton Persona Black Edition dan Proton Exora Black Edition dicipta khas kepada anda dengan kemasan luaran yang bergaya dan cat hitam menawan.

 

"Jangan ketinggalan pelancaran rasmi secara maya Model Edisi Khas Proton di laman Facebook rasmi Proton pada 18 Februari, jam 11 pagi.

 

"Tempahan dalam talian untuk model ini bermula pada tarikh dan masa yang sama," jelas Proton.

 

Sementara itu, bagi edisi khas Saga R3 dan Iriz R3, kedua-dua model ini dikatakan turut dilancarkan dengan penampilan warna hitam eksklusif.

 

Meskipun belum didedahkan Proton, warna khabar angin warna tersebut disebarkan melalui laman web paultan.org semalam.

 

.

 

Proton memberitahu, tempahan secara dalam talian bagi model Saga R3 dan Iriz R3 juga boleh dibuat ketika pelancaran maya tersebut berlangsung.

 

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan http://www.proton.com/.../special-edition-launch-register. - DagangNews.com