Proton serah 8 unit X70 bantu basmi COVID-19 Sabah | DagangNews Skip to main content

Proton serah 8 unit X70 bantu basmi COVID-19 Sabah

Proton serah 8 unit X70 bantu basmi COVID-19 Sabah

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Syarikat kereta nasional, Proton menyerahkan lapan unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah semalam. 

 

Kenderaan itu akan digunakan untuk operasi logistik dan pengawasan dalam usaha pembasmian COVID-19 di negeri berkenaan. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, penyerahan lapan unit kenderaan ke KKM Sabah adalah sebagai tambahan kepada 50 unit Proton X70 yang telah dipinjamkan ke kementerian pada permulaan pandemik pada bulan Mac. 

 

Proton X70

 

"Pandemik COVID-19 mungkin salah satu cabaran paling sukar yang pernah dihadapi dalam negara kita. Sebagai jenama Malaysia, Proton wajib menyokong usaha pihak kerajaan dan oleh itu, kami telah memberi bantuan dari awal lagi.

 

"Operasi logistik di Sabah lebih sukar berbanding Semenanjung Malaysia. Proton X70 yang diserahkan akan digunakan untuk pergerakan ahli perubatan seperti doktor, jururawat dan pegawai KKM ke kawasan dimana mereka diperlukan. 

 

"Kami berharap bahawa sumbangan ini akan tolong meringankan beban barisan hadapan perubatan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Proton serah 8 unit X70 bantu basmi COVID-19 Sabah

 

Upacara penyerahan tersebut dijalankan di cawangan Proton 4S Fook Loi Corporation di Kota Kinabalu.

 

Selain meminjamkan kenderaan, Proton juga telah menghasilkan 60,000 unit pelindung muka pada bulan April di kilangnya di Shah Alam. 

 

Pelindung muka berkenaan telah diagihkan ke hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan seperti pihak polis dan angkatan tentera. - DagangNews.com