PTT Infra raih projek pembangunan infrastruktur bernilai RM53.8 juta di Pontian | DagangNews Skip to main content

PTT Infra raih projek pembangunan infrastruktur bernilai RM53.8 juta di Pontian

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Julai - PTT Infra Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada Tropicana Development (Johor Bahru) Sdn. Bhd. pada 14 Juali 2022 bagi projek pembangunan infrastruktur bernilai RM53.8 juta di Pontian, Johor.

 

Projek pembangunan itu melibatkan pembangunan infrastruktur Fasa 1 Cadangan Susunatur Industri dan Kemudahan di Mukim Jeram Batu, Pontian.

 

"Kerja-kerja bagi projek itu akan dimulakan pada 15 Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Januari 2024," katanya dalam satu makluman di Bursa Malaysia, hari ini.

 

Penerimaan LOA itu merupakan urusan biasa bagi PTT Infra dab ia akan dijalankan berdasarkan istilah komersial yang tidak memberi keuntungan melebihi yang tersedia kepada orang awam.

 

LOA itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal dan pegangan saham pemegang saham besar PTT bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 hingga 2024.

 

Ia juga tidak memberi kesan kepada aset bersih PTT Infra dan kumpulan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 hingga 2024.

 

"PTT Infra juga tidak melihat sebarang risiko luar biasa untuk projek itu melainkan risiko operasi berkaitan LOA.

 

"Bagaimanapun, PTT Infra akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi sebarang risiko pada masa akan datang," katanya. - DagangNews.com