Pulau Pinang pengimport utama kurma bernilai RM20.3 juta pada Feb 2022 - DOSM | DagangNews Skip to main content

Pulau Pinang pengimport utama kurma bernilai RM20.3 juta pada Feb 2022 - DOSM

KUALA LUMPUR 12 April - Malaysia mengimport kurma bernilai RM48.1 juta pada Februari 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Di peringkat negeri, Pulau Pinang mencatatkan import tertinggi bagi kurma iaitu RM20.3 juta, diikuti Selangor (RM15 juta) dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta), 

 

Sebagai persediaan kepada permintaan semasa bulan Ramadan, Malaysia telah mula mengimport kurma beberapa bulan sebelum bulan puasa bagi memenuhi keperluan penduduk, katanya.

 

DOSM berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai statistik eksport import mengikut negeri bagi bulan Februari 2022, Bernama melaporkan.

 

Sementara itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata DOSM sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

 

"Jabatan ini amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada pegawai DOSM serta menjayakan survei ini,'’
katanya. - DagangNews.com