Radiance tambah saham dalam Deepmarkit syarikat teknologi Kanada bernilai RM7.02 juta | DagangNews Skip to main content

Radiance tambah saham dalam Deepmarkit syarikat teknologi Kanada bernilai RM7.02 juta

KUALA LUMPUR 13 April - Radiance Assets Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan patuh Syariah menyempurnakan penempatan persendirian dengan membeli tambahan 2,450,000 unit kepentingan di dalam syarikat teknologi Kanada – DeepMarkit Corp., dengan jumlah kasar CAD$2,082,500 (kira-kira RM7.02 juta); pada harga CAD$0.85 seunit (RM2.87).

 

Selepas menandatangani surat hasrat (LOI) pada 15 Mac 2022, Radiance telah menandatangani perjanjian muktamad dengan DeepMarkit pada 12 April 2022.

 

DeepMarkit ialah syarikat teknologi yang menumpukan pada mencipta alat dan teknologi baharu untuk membantu perniagaan dalam pembangunan jualan dan meningkatkan keuntungan.

 

Perjanjian antara Radiance dan DeepMarkit ialah pengaturan di mana Radiance akan memperkenalkan projek kredit karbon melalui platform MintCarbon.io kendalian DeepMarkit.

 

Platform MintCarbon.io dibangunkan untuk mencetak kredit mengimbangi karbon ke dalam NFT (Token Tidak Boleh Guna). Sebarang pendapatan berasaskan percetakan dan royalti yang diperoleh oleh DeepMarkit melalui rujukan Radiance akan menghasilkan perkiraan perkongsian berasaskan peratusan dengan Radiance.

 

Yuran yang perlu dibayar kepada Radiance di bawah perjanjian inif hendaklah dibayar secara tunai, saham biasa DeepMarkit, atau gabungannya, mengikut budi bicara mutlak DeepMarkit, dan tertakluk, jika berkenaan, kepada TSX Venture Exchange (TSXV) dan undang-undang sekuriti yang terpakai untuk sebarang pembayaran yang dibuat dalam Saham Biasa.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Radiance, James Stevenson berkata, Radiance mempunyai hubungan perniagaan dan kapasiti untuk menyokong DeepMarkit dalam pelaksanaan matlamat korporatnya.

 

''Pelaburan kami baru-baru ini dalam DeepMarkit dan pelaksanaan perjanjian ini adalah bukti kepercayaan kami terhadap syarikat dan sektor itu,'' katanya dalam kenyataan di sini.


 

James Stevenson
                           James Stevenson

 


Ketua Pegawai Eksekutif Interim DeepMarkit Ranjeet Sundher berkata keyakinan Radiance terhadap MintCarbon.io mengesahkan lagi tesis pihaknya bahawa menggunakan teknologi blockchain adalah laluan terbaik untuk kebolehcapaian, ketelusan dan pencapaian antarabangsa neutraliti karbon.

 

“Pengenalan Radiance terhadap pengguna baharu dan projek karbon mereka juga dijangka membawa jumlah transaksi yang ketara kepada platform kami. Kami bersyukur kerana mempunyai Radiance sebagai pemegang saham dan kolaborator dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka mengembangkan kehadiran global kami,” tambah Sundher.

 

Platform MintCarbon.io mencipta NFT yang didepositkan ke dalam dompet blockchain pemula, yang mana NFT atau Token akan menjadi aset cair yang boleh dikesan yang mampu disenaraikan untuk didagang di hampir mana-mana bursa terdesentralisasi di dunia.

 

MintCarbon.io membolehkan sesiapa sahaja mengakses maklumat tentang NFT atau Token berasaskan kredit karbon, termasuk pautan ke platform dagangan masing-masing (cth., OpenSea.io) melalui antara muka yang mudah digunakan. – DagangNews.com