Rakyat Malaysia beli 120,000 kilo MILO dalam sehari | DagangNews Skip to main content

Rakyat Malaysia beli 120,000 kilo MILO dalam sehari

 

KUALA LUMPUR 21 Sept Rakyat Malaysia telah membeli lebih 120,000 kilogram serbuk MILO Activ-Go dari LazMall dalam tempoh satu hari Jualan 9.9 diadakan di LazMall, baru-baru ini.

 

Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah lebih berat daripada 130 kereta Myvi.

 

Rakyat Malaysia juga membeli lebih 14,000 kilogram serbuk kopi Nescafe pada hari yang sama, cukup untuk membancuh lebih 9 juta cawan kopi, yang boleh menolong seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas.

 

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia mencatatkan pembelian 10 kali lebih banyak barangan di LazMall sepanjang Jualan 9.9 baru-baru ini, berbanding bulan lepas.

 

Jenama-jenama LazMall juga mencatatkan peningkatan lebih 3x pengikut kedai sepanjang tempoh jualan.

 

Ketua LazMall, Lazada Malaysia, Chenxi Zhou berkata, pihaknya gembira melihat bahawa janji ketulenan 100% dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan.

 

Katanya, peningkatan itu mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit.

 

Sepanjang Jualan 9.9 Lazada tahun ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari oleh pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar, dan keperluan isi rumah.

 

Ini termasuk jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol, dan banyak lagi yang telah dicari beribu-ribu kali bagi setiap jenama.

 

Chenxi berkata, kebanyakan rakan jenama LazMall mendapati pengikut kedai meningkat tiga kali ganda berbanding bulan terdahulu apabila menyertai Jualan 9.9 baru-baru ini.

 

‘’Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan eDagang utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan kami di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall, seperti barangan kecantikan, runcit, dan keperluan bayi, yang mencatatkan peningkatan pembelian sebanyak 15x pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya. – DagangNews.com