Ramssol tubuhkan Rider Gate bagi perniagaan aplikasi, integrasi sistem maklumat | DagangNews Skip to main content

Ramssol tubuhkan Rider Gate bagi perniagaan aplikasi, integrasi sistem maklumat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Okt - Ramssol Group Berhad mengumumkan penubuhan anak syarikatnya yang baharu, Rider Gate Sdn. Bhd. yang akan terlibat dalam perniagaan aplikasi, perdagangan elektronik, integrasi sistem maklumat.

 

Kumpulan itu berkata, penubuhan anak syarikat baharu itu juga adalah bagi memudahkan pengembangan aktiviti perniagaan Ramssol dan anak-anak syarikatnya.

 

Katanya, modal terbitan dan berbayar Rider Gate ialah RM20,000 dibahagikan kepada 20,000 saham biasa.

 

"Rider Gate juga merupakan ejen di mana-mana cawangan untuk kelas insurans am dan perdagangan alat ganti, penyediaan perkhidmatan pembaikan dan perdagangan am dalam semua jenis produk berkaitan motosikal," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Penubuhan Rider Gate tidak akan mempunyai apa-apa kesan material ke atas pendapatan sesaham biasa, aset bersih sesaham, modal saham RAMSSOL, pegangan saham pemegang saham besardan penggearan kumpulan itu dan anak-anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. - DagangNews.com