Ranhill peroleh kontrak 7 tahun daripada IRDA bernilai RM7.5 juta | DagangNews Skip to main content

Ranhill peroleh kontrak 7 tahun daripada IRDA bernilai RM7.5 juta

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 29 Feb - Penyedia perkhidmatan bekalan air Ranhill Utilities Bhd memperoleh kontrak tujuh tahun bernilai RM7.52 juta daripada Pihak Berkuasa Wilayah Kemajuan Iskandar (IRDA) untuk penyediaan perkhidmatan pejabat pengurusan penghantaran bagi projek penambahbaikan lebuh raya.

 

Ranhill berkata syarikat bersekutunya Ranhill Consulting Sdn Bhd (RConsulting) telah menerima surat anugerah daripada IRDA untuk dilantik sebagai wakil pengarah projek bagi menjalankan pengurusan projek am bagi reka bentuk dan binaan serta pengurusan projek.

 

"Kontrak itu diperoleh oleh RCconsulting melalui proses tender terbuka yang teliti yang dijalankan oleh IRDA yang disahkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan," kata Ranhill dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

 

irda

 

 

Kontrak itu akan dilaksanakan serta-merta untuk tempoh 84 bulan, bermula dari 28 Feb 2024 hingga 27 Feb 2031.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kumpulan untuk menyokong pelaksanaan program Latihan Profesional dan Pendidikan untuk Usahawan Berkembang (PROTÉGÉ) kerajaan, Ranhill berkata RConsulting akan merekrut sekurang-kurangnya tiga orang di bawah program ini untuk projek itu. - DagangNews.com