Real California Milk lancar rangkaian keju asli ke pasaran Malaysia  | DagangNews Skip to main content

Real California Milk lancar rangkaian keju asli ke pasaran Malaysia 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mei - Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menganjurkan acara mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. 

 

Wakil Negara Malaysia bagi CMAB Eddie Saw berkata, terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, yang bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais kirim. 

 

Katanya, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. 

 

"Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan Real California Milk.   

 

"Semua keju ini sungguh lazat dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam sehari. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Eddie, keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik tersendiri, sekali gus membuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. 

 

"Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli.  

 

 

cheese

 

 

"Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di AS dan juga luar negara," katanya.

 

Terdahulu, satu sesi memasak membabitkan 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan di Malaysia telah diadakan untuk mengetengahkan kelainan dan kualiti produk tenusu dan keju Real California Milk. 

 

 

cheese

 

 

Cef Eksekutif bertauliah, Barbara Alexander yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia kulinari dan hospitaliti, telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California sebenar, termasuk Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza. 

 

 

cheese

 

 

Menurut Cef Barbara, resipi mudah untuk disediakan ini sangat popular dalam kalangan penduduk Asia, terutamanya untuk dihidangkan di majlis keramaian bersama keluarga dan juga menyediakan sajian segera apabila kesuntukan masa. 

 

 

cheese

 

 

"Satu auns keju semula jadi seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seseorang dewasa. 

 

"Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka memilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa," katanya. - DagangNews.com