Red Hat terajui platform pembangunan kontena multi-cloud | DagangNews Skip to main content

Red Hat terajui platform pembangunan kontena multi-cloud

Red Hat

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Syarikat penyedia penyelesaian sumber terbuka, Red Hat Inc. dinobatkan sebagai peneraju dalam The Forrester Wave™: Multicloud Container Development Platforms, bagi suku ketiga 2020.

Pengiktirafan tersebut diberikan oleh syarikat penyelidikan bebas iaitu Forrester Research.

Red Hat berkata, syarikatnya dinilai berdasarkan kepada 29 kriteria dalam tiga kategori iaitu penawaran semasa, strategi dan kehadiran pasaran.

"Red Hat OpenShift mendapat skor tertinggi antara produk yang dinilai dalam setiap ketegori ini dengan skor maksimum dalam kedua-dua ketegori strategi dan kehadiran pasaran," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan kepada penilaian Forrester, OpenShift adalah platform kontena multi-cloud yang paling banyak digunakan dan menawarkan pengembangan operasi kepada platform awam dan premis.

Reh Hat mempelopori model operator dalam pengurusan infrastruktur dan aplikasi selain menyediakan rakan kongsi dan pasaran yang popular.

"Red Hat dan IBM ingin menjadikan 'build once, deploy anywhere’ a reality; both companies' sebagai komitmen dalam pembangunan tenaga Kubernetes sekali gus mendorong OpenShift bergerak lebih jauh ke hadapan," jelas Forrester.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan platform Cloud Red Hat, Ashesh Badani berkata, pengiktirafan tersebut adalah bukti sumbangan pihaknya dalam membawa perubahan dan inovasi dunia IT masa hadapan.

"Red Hat telah membantu membawa inovasi kepada Kubernetes melalui OpenShift merentasi dunia hibrid dan multi-cloud.

"Kami percaya, dengan pengiktirafan ini adalah bukti kepada kepercayaan pelanggan kami bahawa OpenShift membantu penyebaran IT yang sedia ada di samping membawa perubahan dalam operasi IT," ujarnya. - DagangNews.com