reNIKOLA labur lebih AS$240 juta dalam projek gas biometana termampat Indonesia | DagangNews Skip to main content

reNIKOLA labur lebih AS$240 juta dalam projek gas biometana termampat Indonesia

KUALA LUMPUR 19 Ogos - reNIKOLA Holdings Malaysia merancang untuk melabur lebih AS$240 juta bagi membangunkan 40 projek gas biometana termampat di Indonesia, kata syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) itu.

 

Anak syarikatnya PT reNIKOLA Primer Energi merancang untuk membangunkan projek-projek tersebut dengan PT Perkebunan Nusantara IV, sebuah bahagian perusahaan pertanian milik negara Indonesia Perkebunan Nusantara.

 

Pada masa yang sama, reNIKOLA juga menandatangani perjanjian dengan Perkebunan Nusantara IV untuk membina, memiliki, mengendalikan dan memindahkan projek gas biometana termampat di Sumatera Utara.

 

reNIKOLA berkata, kini ia memiliki dan mengendalikan loji solar di seluruh Malaysia dan Indonesia dengan gabungan kapasiti penjanaan 220 megawatt dan menyasarkan untuk mengembangkan kapasitinya kepada 1 gigawatt-puncak.

 

"Kami ingin lanjutkan Kerjasama kami dengan syarikat milik negara Indonesia seperti Perusahaan Gas Negara dan Perusahaan Listrik Negara dalam menyokong matlamat Indonesia mencapai 26% campuran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.


 
"Kami juga sedang meneroka alternatif lain seperti projek solar dan hidro berskala besar sebagai pengganti bahan api fosil konvensional, dengan tumpuan kepada sektor biotenaga," ulasnya.- DagangNews.com