Reservoir Link terima LOA bagi projek pembinaan loji solar bernilai RM10.2 juta di Selangor | DagangNews Skip to main content

Reservoir Link terima LOA bagi projek pembinaan loji solar bernilai RM10.2 juta di Selangor

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Reservoir Link Energy Berhad menerima surat anugerah (LOA) untuk kontrak bernilai RM10.2 juta.

 

Syarikat pembekal perkhidmatan berkaitan tenaga itu berkata anak syarikatnya, Founder Energy Sdn. Bhd. telah menerima LOA daripada Atlantic Blue Sdn. Bhd. untuk pembinaan dan pentauliahan loji solar fotovoltaik berskala besar dengan kapasiti 13MWac di Selangor.

 

Ia merupakan kontrak kedua yang dianugerahkan Atlantic Blue bagi 2022.

 

Reservoir Link akan menyediakan asas yang diperlukan untuk pembinaan, pemasangan dan pentauliahan kerja tanah, jalan dan saliran, infrastruktur dan kerja struktur.

 

Ia berkata kontrak itu dijangka siap pada 31 Disember 2022.

 

Pengarah Eksekutif Reservoir Link, Thien Chiet Chai berkata, syarikat itu kekal komited untuk menyokong inisiatif kerajaan tempatan seperti yang diperincikan di bawah pelan hala tuju tenaga boleh diperbaharui.

 

“Projek itu diharapkan akan melengkapkan tawaran perniagaan boleh diperbaharui kami dan seterusnya meningkatkan kadar penerimaan.

 

“Selepas dua kali dilantik Atlantic Blue pada 2022, ia berjaya mengesahkan kemampuan syarikat dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti yang boleh dipercayai yang kami banggakan," katanya - DagangNews.com