Ringgit 'bangkit semula' cecah RM4.13 | DagangNews Skip to main content

Ringgit 'bangkit semula' cecah RM4.13

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 2 April - Ringgit pagi ini meraih pemangkin dibuka tinggi pada RM4.1385/1435 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutupan semalam, RM4.1440/1470.

 

HLIB Research menjangkakan ringgit diniagakan neutral dalam dagangan hari ini memandangkan berlaku pembalikan dalam dolar AS. 

 

Katanya, ini mengambil kira data pekerjaan AS yang mungkin membataskan pergerakan bagi dolar AS/ringgit. 

 

"Bagaimanapun, mata wang ini masih berlegar menghampiri paras lebihan pembelian yang mungkin menyaksikan sedikit pengukuhan terutama menjelang hujung minggu," katanya dalam nota kajian. 

 

Menurutnya, pelabur kini memberi tumpuan kepada sejauh mana pemulihan ekonomi dan harga saham yang tinggi disokong oleh kadar vaksinasi yang pantas dan suntikan pakej rangsangan AS. 

 

Di peringkat domestik, Indeks Pengurus Pembuatan (PMI) Malaysia berkembang 49.4 pada Mac berbanding 47.7 pada Februari turut memberi sokongan kepada pasaran. - DagangNews.com