Ringgit dibuka hampir tidak berubah | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka hampir tidak berubah

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]


 

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pasaran mata wang dibuka hampir tidak berubah pagi ini, pada RM4.1290/1370 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

Semalam, ringgit ditutup pada RM4.1280/1330. 

Menurut AmBank Research, ringgit menyusut 0.31% kepada RM4.1330, paling lemah dalam tempoh empat hari manakala FBM KLCI susut 0.32% kepada 1,570.1 mata. 

"Hari ini kami menjangkakan ringgit akan berlegar pada paras sokongan antara RM4.1119 dan RM4.1178 manakala paras rintangan pada RM4.1344 dan RM4.1440," katanya dalam nota kajian. 

Berbanding mata wang lain, ringgit menyusut 0.73% kepada RM5.487 berbanding pound dan menokok 0.17% kepada RM4.870 berbanding euro. 

Bagi mata wang serantau, ringgit diniagakan lemah, 0.06% kepada RM3.064 berbanding dolar Singapura. 

"Dolar AS pula terus meningkat pada hari ketiga, naik 0.27% kepada 93.001, paling mengukuh dalam tempoh seminggu disokong oleh prospek vaksin yang lebih awal daripada dijangkakan," katanya. 

Harga minyak mentah juga mengukuh untuk hari ketiga berturut-turut dengan Brent naik 0.25% kepada AS$43.72 setong manakala West Texas Intermediate turut melonjak 0.22% kepada AS$41.45 setong, paras tertinggi sejak 3 September. 

"Keadaan ini dipengaruhi oleh keputusan pilihan raya AS, perkembangan vaksin COVID-19 dan inventori AS yang lebih besar," katanya. - DagangNews.com