KUALA LUMPUR 14 April - Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan pagi ini pada RM4.1280/1330 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Semalam, mata wang tempatan itu ditutup pada RM4.1340/1360.
HLIB Research bagaimanapun masih mengekalkan jangkaan neutral terhadap ringgit kepada sedikit mengukuh dalam dagangan hari ini.
Katanya, ini berikutan kelemahan dolar AS yang meluas dengan dagangan ringgit kekal dalam julat antara RM4.12 hingga RM4.1450.
"Data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac yang optimis dan dikeluarkan beberapa hari lagi akan terus memberi risiko penurunan kepada ringgit," katanya dalam nota kajian.
Kebanyakan pelabur kekal mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan IHP AS akan menjadi tumpuan utama dalam sesi dagangan. - DagangNews.com