Ringgit dibuka tinggi pagi ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi pagi ini

 

 

KUALA LUMPUR 5 Mei - Ringgit dibuka tinggi pagi ini pada RM4.1170/1220 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutupan semalam, RM4.1200/1260.

 

HLIB Research berkata, dagangan harian bagi dolar AS/ringgit kini dilihat neutral dengan julat minggu ini disemak semula antara RM4.10 hingga RM4.14.

 

Katanya, kekuatan semalaman dolar AS yang melantun semula mungkin menyaksikan sedikit lagi kenaikan sebelum ia kembali stabil menjelang mesyuarat dasar monetari Bank Negara Malaysia esok. 

 

"Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen mengenai prospek Rizab Persekutuan AS menyebabkan kekeliruan dalam pasaran," katanya dalam nota kajian hari ini. - DagangNews.com