Ringgit hanya berubah dalam jajaran kecil | DagangNews Skip to main content

Ringgit hanya berubah dalam jajaran kecil

 

 

KUALA LUMPUR 13 April - Dengan hampir tiada pemangkin, ringgit memulakan dagangan pagi ini dibuka sedikit rendah pada RM4.1320/1360 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Semalam, mata wang tempatan itu ditutup pada RM4.1310/1350 yang mana penganalisis menyifatkan ia hari yang agak lengang dalam pertukaran asing.

 

HLIB Research menjangkakan trend dagangan ringgit hari ini adalah hampir neutral dengan pergerakan terhad pada julat RM4.12 hingga RM4.1450. 

 

"Ini kerana pelabur mengambil kira risiko seperti data dan hasil korporat AS," katanya dalam nota kajian. 

 

Menurut firma itu, dolar AS sedikit lemah sejajar dengan kebimbangan pasaran apabila saham AS memulakan minggu ini dengan berhati-hati.

 

Pada Jumaat lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, menyatakan bahawa bank pusat AS tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah. - DagangNews.com