Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 1 April - Ringgit mengukuh dalam dagangan pagi ini dibuka pada RM4.1430/1480 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

 

Semalam, ringgit ditutup pada RM4.1450/1480. 

 

AmBank Research berkata, dolar AS susut 0.07% kepada 93.232, menurun daripada paras tertinggi 4 bulan. 

 

Pada Rabu, Presiden AS Joe Biden mengumumkan pelan infrastruktur menggariskan pelan kerajaan untuk membentuk semula ekonomi terbesar dunia itu. 

 

Di peringkat domestik pula, Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih meyakinkan berkembang 6 hingga 7.5% tahun ini. 

 

"Sehubungan itu, kami menyemak semula unjuran ini kepada 5.5 hingga 6% berbanding sebelum ini, 5.2 hingga 5.9%," katanya. 

 

Firma itu menjangkakan ringgit diniagakan hari ini, pada paras sokongan antara RM4.1276 dan RM4.1323 manakala paras rintangan ditambat pada RM4.1575 dan RM4.1661. - DagangNews.com