Ringgit lemah berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit lemah berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 30 Mac - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mata wang utama itu terus mengukuh.

 

Pagi ini, ringgit dibuka pada RM4.1420/1470 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada penutupan semalam, RM4.1390/1440. 

 

HLIB Research berkata, ringgit dijangka terus melemah berikutan prospek dolar AS yang lebih baik.

 

Bagaimanapun, katanya, indikator momentum yang positif menunjukkan masih ada ruang bagi dolar AS/ringgit menokok lebih tinggi. 

 

"Setakat ini, dagangan mata wang ini berlegar-legar menghampiri tahap lebihan pembelian yang mungkin membawa kepada pengukuhan," katanya dalam nota kajian hari ini. 

 

FTE Russell telah mengeluarkan Malaysia daripada senarai pemerhatian untuk potensi pengkelasan semula tahap kebolehcapaian pasaran daripada "2" kepada "1" dan negara akan mengekalkan keanggotaan dalam FTSE World Government Bond Index (WGBI).

 

Sementara itu, AmBank Research menjangkakan ringgit akan berubah-ubah dalam julat antara RM4.1210 hingga RM4.1561 berbanding dolar AS. - DagangNews.com